Puan Rosidah Darus adalah anak jati Sungai Besar,
Selangor yang telah dilahirkan pada 11 Oktober 1976. Anak sulung daripada
3 adik beradik ini mempunyai Diploma dalam jurusan Bahasa Melayu &
Linguistik daripada Universiti Malaya. Minatnya dalam bidang jahitan manik dan labuci
ini telah mendorong beliau untuk membuka Seyha Beads & Tailor pada tahun
2005. Perkhidmatan yang ditawarkan di kedai beliau meliputi tempahan jahitan
manik, labuci, sulaman dan juga tempahan lain seperti baju kurung,
kebaya, baju pengantin dan banyak lagi.
Keindahan sulaman dan kualiti jahitan yang kemas
dan teliti telah berjaya menambat hati para pelanggan daripada pelbagai pelusuk
negara malah hingga ke Singapura. Beliau juga pernah menjadi tetamu undangan
dalam rancangan Nona, TV3 pada tahun 2008 dan rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di
TV9 pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment