Tuesday, 24 September 2013

Expert Workshop 2013 : Gubahan Hantaran (Sireh Junjung & Mas Kahwin)

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana sekali lagi pada tahun ini Pusat Internet 1malaysia (PI1M) Trolak Utara telah dapat melaksanakan bengkel Expert workshop seperti tahun -tahun sebelumnya. Bagi tahun 2013 ini pihak PI1M Trolak Utara telah mengadakan bengkel Gubahan Hantaran, yang mana kami memfokuskan kepada gubahan Sireh Junjung dan juga Gubahan Mas Kahwin.

Seramai 21 Orang peserta telah turut serta dalam bengkel ini. peserta yang hadir adalah terdiri daripada Golongan beliawanis dan penerokawati disini. Kesemua  peserta yang turut serta begitu berminat untuk belajar teknik dan langkah yang betul dalam seni gubahan hantaran.

pakar yang pihak PI1M bawakan turut memberikan beberapa tips yang berguna dalam membuat gubahan tersebut. Celoteh Pn Shajaratul selaku pakar kita pada bengkel tersebut amat menghiburkan hati peserta. Suasana sepanjang program begitu ceria dan santai ditambah dengan para peserta yang begitu sporting mengikuti bengkel tersebut

Berikut adalah beberapa gambar yang kami ingin kongsikan untuk tatapan semua:

sebahagian peserta yang sempat bergambar untuk kenang-kenangan

antara hasil kerja peserta untuk Gubahan Sireh junjung

Para peserta tekun belajar teknik menggubah Mas Kahwin menggunakan duit kertas
Diharap sambutan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus utuh agar program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan. kami di Pusat Internet amat berbesar hati kerana dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti setempat. Semoga usaha seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran semua akan kepentingan ICT dan mengasah bakat dan potensi komuniti setempat dalam bidang keusahawan.

Monday, 9 September 2013

EXPERT WORKSHOP KINI KEMBALI


Seperti Tahun-tahun Sebelum ini, Pusat internet 1Malaysia(PI1M) Trolak Utara akan mengadakan expert workshop sebagai salah satu program tahunan. Untuk tahun 2013 ini, PI1M membawakan Shajaratul Design untuk bersama berkongsi kemahiran dalam bidang gubahan ini. 
Shajaratul design yang diterajui oleh Pn. Shajaratul sudah tidak asing lagi dalam bidang pembuatan hantaran dan gubahan. Hasil kerja beliau pernah diterbitkan didalam beberapa majalah antaranya termasuklah majalah Pengantin, Nona dan Majalah Rasa. 
Shajaratul Design Di Majalah Inspirasi Perkahwinan
Selain daripada itu, beliau juga pernah muncul didalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 pada tahun 2011 bagi membuat demonstrasi cara-cara untuk menggubah dan menghasilkan bunga Telur serta Cenderahati perkahwinan.

Shajaratul Design di Wanita Hari Ini (WHI) TV3
Selain membuat Gubahan hantaran, Shajaratul Design juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain antaranya mengadakan kelas Gubahan, jualan produk kraf dan sebagainya. Shajaratul Design boleh diikuti melalui laman facebook Shajaratul Design di facebook shajaratul Design dan di blog beliau di shajaratul blog . atau boleh berkunjung terus ke showroom shajaratul Design Sendiri di Seri Kembangan.

Tuesday, 26 June 2012

Expert Workshop 2012 : Jahitan Manik dan Labuci


Alhamdulillah Bengkel Expert Workshop bagi tahun 2012 telah berlangsung dengan Jayanya..Seperti yang kita sedia maklum, untuk bengkel Expert Workshop 2012 Pusat jalur Lebar Komuniti telah mengadakan bengkel Jahitan Manik dan Labuci. Pakar yang kami bawakan adalah pakar yang berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Puan Rosidah.

Bengkel Ini telah diadakan di dewan serbaguna Felda Trolak utara. Seramai 30 orang peserta telah terlibat dalam bengkel ini. Peserta adalah dari kalangan GPW dan beliawanis Felda Trolak Utara. Rata-rata peserta begitu Teruja untuk mempelajari seni sulaman dan jahitan manik ini.

Kemeriahan Bengkel turut ditambah dengan para peserta yang cukup sporting dan ceria ditambah pula dengan celoteh dari pakar sendiri yang menghiburkan para peserta bengkel.
Berikut adalah beberapa gambar semasa program dijalankan.

Antara peserta yang hadir ke bengkel Expert Workshop 
Staff memerhati peserta yang sedang tekun menyiapkan hasil kerja mereka

Peserta bergambar kenang -kenangan bersama Pakar dan Staff PJK
Pihak PJK mengucapakan ribuan terima Kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan Bengkel jahitan Manik dan Labuci tersebut. Tanpa sokongan dan kerjasama dari peserta dan semua pihak yang terlibat pastinya bengkel ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. In shaa Allah kita bertemu lagi pada Bengkel Expert Workshop yang akan datang..


Wednesday, 20 June 2012

Kenali Expert Anda.

Puan Rosidah Darus adalah anak jati Sungai Besar, Selangor yang telah dilahirkan pada 11 Oktober 1976.  Anak sulung daripada 3 adik beradik  ini mempunyai Diploma dalam jurusan Bahasa Melayu & Linguistik  daripada Universiti Malaya. Minatnya dalam bidang jahitan manik dan labuci ini telah mendorong beliau untuk membuka Seyha Beads & Tailor pada tahun 2005. Perkhidmatan yang ditawarkan di kedai beliau meliputi tempahan jahitan manik, labuci, sulaman dan juga tempahan lain seperti  baju kurung, kebaya, baju pengantin dan banyak lagi.

Keindahan sulaman dan kualiti jahitan yang kemas dan teliti telah berjaya menambat hati para pelanggan daripada pelbagai pelusuk negara malah hingga ke Singapura. Beliau juga pernah menjadi tetamu undangan dalam rancangan Nona, TV3 pada tahun 2008 dan rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada tahun 2010.