Tuesday 24 September 2013

Expert Workshop 2013 : Gubahan Hantaran (Sireh Junjung & Mas Kahwin)

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana sekali lagi pada tahun ini Pusat Internet 1malaysia (PI1M) Trolak Utara telah dapat melaksanakan bengkel Expert workshop seperti tahun -tahun sebelumnya. Bagi tahun 2013 ini pihak PI1M Trolak Utara telah mengadakan bengkel Gubahan Hantaran, yang mana kami memfokuskan kepada gubahan Sireh Junjung dan juga Gubahan Mas Kahwin.

Seramai 21 Orang peserta telah turut serta dalam bengkel ini. peserta yang hadir adalah terdiri daripada Golongan beliawanis dan penerokawati disini. Kesemua  peserta yang turut serta begitu berminat untuk belajar teknik dan langkah yang betul dalam seni gubahan hantaran.

pakar yang pihak PI1M bawakan turut memberikan beberapa tips yang berguna dalam membuat gubahan tersebut. Celoteh Pn Shajaratul selaku pakar kita pada bengkel tersebut amat menghiburkan hati peserta. Suasana sepanjang program begitu ceria dan santai ditambah dengan para peserta yang begitu sporting mengikuti bengkel tersebut

Berikut adalah beberapa gambar yang kami ingin kongsikan untuk tatapan semua:

sebahagian peserta yang sempat bergambar untuk kenang-kenangan

antara hasil kerja peserta untuk Gubahan Sireh junjung

Para peserta tekun belajar teknik menggubah Mas Kahwin menggunakan duit kertas
Diharap sambutan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus utuh agar program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan. kami di Pusat Internet amat berbesar hati kerana dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti setempat. Semoga usaha seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran semua akan kepentingan ICT dan mengasah bakat dan potensi komuniti setempat dalam bidang keusahawan.

Monday 9 September 2013

EXPERT WORKSHOP KINI KEMBALI


Seperti Tahun-tahun Sebelum ini, Pusat internet 1Malaysia(PI1M) Trolak Utara akan mengadakan expert workshop sebagai salah satu program tahunan. Untuk tahun 2013 ini, PI1M membawakan Shajaratul Design untuk bersama berkongsi kemahiran dalam bidang gubahan ini. 
Shajaratul design yang diterajui oleh Pn. Shajaratul sudah tidak asing lagi dalam bidang pembuatan hantaran dan gubahan. Hasil kerja beliau pernah diterbitkan didalam beberapa majalah antaranya termasuklah majalah Pengantin, Nona dan Majalah Rasa. 
Shajaratul Design Di Majalah Inspirasi Perkahwinan
Selain daripada itu, beliau juga pernah muncul didalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 pada tahun 2011 bagi membuat demonstrasi cara-cara untuk menggubah dan menghasilkan bunga Telur serta Cenderahati perkahwinan.

Shajaratul Design di Wanita Hari Ini (WHI) TV3
Selain membuat Gubahan hantaran, Shajaratul Design juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain antaranya mengadakan kelas Gubahan, jualan produk kraf dan sebagainya. Shajaratul Design boleh diikuti melalui laman facebook Shajaratul Design di facebook shajaratul Design dan di blog beliau di shajaratul blog . atau boleh berkunjung terus ke showroom shajaratul Design Sendiri di Seri Kembangan.